Wednesday, 10 April 2013

KALAU RASA KAMU PENGAWAS TOLONG BACA OK!




PERANAN PENGAWAS SEKOLAH

Hierarki

Masyarakat

Sekolah

Pengetua

Guru Penolong Kanan

Guru

Pengawas

Ketua Kelas

Pelajar

 

Konsep Pimpin dan Memimpin

 Pimpin?

Bimbing

Pandu

Tunjuk

Memimpin?

memegang tangan untuk menunjukkan jalan ,melatih seseorang , mengepalai atau mengetuai sesuatu badan, organisasi atau pergerakan .Semua tugas besar menjadi lebih mudah kalau dipecah-pecahkan , menjadi bahagian yang kecil. Beban yang lebih banyak dapat dibawa jika diikat dengan kuat berbanding dibiarkan berserakan. Pemimpin Memahami prinsip kepimpinan yang baik dan mempunyai ketokohan untuk memimpin Pandai mempergunakan orang yang dipimpin untuk bekerjasama dengan bersungguh-sungguh supaya terlaksana sesuatu pekerjaan

 

Ciri Asas Kemahuan untuk memimpin

Kejelasan matlamat

sebagai penjaga/ ketua

sebagai pemandu arah

sebagai pembuat keputusan

sebagai petindak

sebagai pembawa perubahan

sebagai tenaga perancang peranan/ tugas

tumpuan organisasi

strategi untuk mencapai matlamat

aktiviti/ program organisasi

 

Ciri Seorang Pemimpin Tegas dan konsisten

apabila keputusan telah diambil, laksanakan dengan tegas, bersungguh-sungguh, serius dan bukan sekadar sambil lewa atau dengan ragu-ragu.

Ikhlas dan sabar

melaksanakan tugas kerana amanah. Dugaan akan membuatkan kita lebih cekal dalam mencapai matlamat.

Mengambil berat akan seluruh organisasi

sifat ini akan menawan kepercayaan dan arahan akan dipatuhi dengan rela hati, hormat dan ikhlas.

 

Ciri Seorang Pemimpin Cergas dan cerdas

cekap bertindak dan berfikiran tajam dalam membuat tindakan atau keputusan. Tindak-tanduk sentiasa diperhatikan sebagai kayu ukur.  Mempunyai budi bicara/ pertimbangan pada saat genting, tidak melulu atau mengutamakan emosi sahaja.  Kebolehan merancang semua kegiatan dirancang dengan teliti, difahami dengan mendalam dan dilaksanakan.

 

Peranan Seorang Pemimpin

 Tanggungjawab terhadap diri sendiri

berdisiplin dan bersahsiah mulia

maju dalam ilmu/ akademik dan kokurikulum

berhemah tinggi

prihatin

mesra

berkeyakinan

tidak mementingkan diri sendiri

positif.

 

Tanggungjawab terhadap sekolah

melaksanakan peraturan dan undang-undang sekolah

menjaga nama baik sekolah

memelihara iklim sekolah yang baik

bangga akan sekolah

Peranan Seorang Pemimpin

Tanggungjawab terhadap guru

memberi maklumat dan maklum balas

bersama-sama membanteras masalah

menghormati mereka seperti ibu bapa

Peranan Seorang Pemimpin

Tanggungjawab terhadap pelajar lain

mengambil berat akan masalah pelajar lain

menjaga keselamatan dan keselesaan pelajar

berinteraksi dan menghormati mereka

menunjukkan teladan/ menjadi `role model’

 

Peranan Seorang Pemimpin

Interaksi dalam Kumpulan Tinggi dalam Kuasa Rendah dalam Kuasa Tinggi dalam Kemesraan Rendah dalam Kemesraan Mengizinkan Mengelak Menyerah Berundur Menarik diri Mengarah Mengkritik Tidak peduli Menimbangkan Menentang Bersetuju Membantu Mengikut Sependapat Merelakan Menasihat Menyelaras Menganalisis Memulakan Memimpin

Gaya Kepimpinan Autoritarian

-berpusat kepada ketua yang percaya bahawa jika ahli kumpulan tidak dipimpin dengan cergas mereka akan terbiar dan kurang daya untuk bergerak sendiri. -ahli lazimnya akan bergantung kepada ketua dan sesetengahnya akan berada dalam keadaan tidak berpuas hati serta tidak berkeyakinan.

Gaya Kepimpinan Demokratik

-menghormati bakat dan keupayaan ahli. -ketua percaya ahli mempunyai kebolehan mereka sendiri dan dapat menggunakannya jika diberi peluang. -menggerakkan dinamik kumpulan dan bekerjasama dengan ahli untuk menentukan pencapaian arah dan hasil yang diingini.

Gaya Kepimpinan Laissez-faire

-ketua tidak memainkan peranan langsung kerana berpandangan ahli kumpulan bertanggungjawab membuat keputusan, menentukan arah dan memastikan tugas tercapai. -biasanya kumpulan menjadi terumbang- ambing dan tiada sesiapa yang mahu bertanggungjawab.

Pengurusan dan Organisasi Kelas

-Organisasi kelas terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan AJK

(cth.: Kebersihan, Disiplin, Mata Pelajaran, Pertandingan)

-Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam

kelas: - Jadual waktu - Jadual tugas (rooster) - Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan guru serta papan putih - Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah - dll (cth.: moto kelas, mutiara kata, hiasan, dsb.)

 

Pengurusan dan Organisasi Kelas -Menentukan kawat elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

-Melaporkan perihal perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru kelas.

-Membimbing organisasi kelas menjalankan tugas.

-Memastikan butiran harian ditulis di sudut atas kanan papan tulis pada setiap hari persekolahan.

-Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya dikutip secara berkala untuk tujuan yang berikut: -Keceriaan kelas -Kebajikan pelajar -Pengurusan akademik

 

Matlamat Kita Sama Pilih sebarang nombor tiga angka yang kedudukannya kecil di hadapan besar di belakang. (cth.: 2 4 6)

Terbalikkan kedudukannya. (cth.: 6 4 2)

Tolak nombor asal. (642 – 246)

Hasilnya (396) diterbalikkan (693) dan campurkan kedua-duanya. JUMLAHNYA?

Cara berbeza tetapi MATLAMAT KITA SAMA.

 

Rumusan

 Berkeperibadian mulia dan terpuji

Bersabar dan tenang hadapi dugaan

Pengalaman tingkatkan pengetahuan

Memelihara hubungan baik

Berfikiran terbuka & sedia terima teguran

Berusaha tingkatkan kualiti organisasi

Amanah, minat dan berdedikasi

Berusaha tingkatkan prestasi akademik

 

 People who fight fire with fire usually end up with ashes.

- Abigail Van Buren

Teman manusia yang paling abadi ialah akal dan musuh yang paling durjana ialah kejahilan. - Saidina Ali K.W. Untuk Renungan…………… Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah. Oleh itu berpegang teguhlah pada tiap-tiap kebajikan yang akan memberi manfaat dan mohonlah pertolongan kepada Allah. - Hadith Riwayat Muslim

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN

  • Pernahkah anda berangan-angan untuk menjadi seorang pemimpin? Besar nanti aku nak jadi pemimpin macam Tun Dr. Mahathir

  • Adakah seseorang pemimpin itu memang sejak dia lahir dia sudah memiliki bakat-bakat yang perlukan untuk menjadi seorang pemimpin apabila dia dewasa kelak? Betulkah para pemimpin mempunyai ciri-ciri peribadi yang menyebabkan mereka itu tidak serupa dengan individu-individu biasa?

  • Semangat Kejujuran dan daya integriti Dorongan kepimpinan Ciri-ciri pemimpin Keyakinan diri Yang tinggi Kepintaran Pengetahuan Kreativiti Fleksibiliti 

  • Apakah peranan pemimpin?

    • menggubal visi dan misi organisasi yang dipimpinnya serta mencipta strategi-strategi bagi mencapainya.

    • menentukan arah dan matlamat, mencipta wawasan, menggembeling manusia dengan urusan itu, berkomunikasi dengan individu yang penting, menurunkan kuasa, menjadi sumber ilham, memberi dorongan dan memupuk semangat individu-individu yang dipimpin.

  • Apakah gaya kepimpinan anda? Demokratik Autokratik Kepimpinan Lepas-Bebas (Laissez-faire Leadership).

  • Bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berkesan?

    • Latihan formal iaitu latihan yang diperolehi daripada kursus, seminar, bengkel, perbincangan dan masyuarat.

    • Latihan tidak formal iaitu latihan yang boleh diperolehi daripada pengalaman bekerja sehari-hari yang berbentuk rutin.

  • Bakat Semulajadi Peranan sekolah Dan guru-guru Sentiasa Mengambil Kesempatan Peranan daripada Ibu bapa Peranan masyarakat Bagaimana untuk membina kepimpinan Diri Sendiri

  • Anda pemimpin yang berkesan jika… Mentaliti Moraliti Kemasyarakatan

  • Sifat-sifat terpuji pemimpin Islam Istiqamah Tenang Bijaksana Memelihara Diri Sabar Adil Tawakal Tabah Tidak takbur

  • Kesimpulan

    • Untuk menjadi pemimpin adalah mudah tetapi untuk melaksanakan fungsi-fungsi seseorang pemimpin tidak semua orang boleh melakukannya. Oleh yang demikian bakat dan kemahiran memimpin adalah sangat penting untuk memastikan anda seorang pemimpin berkesan.

  • PERLEMBAGAAN PENGAWAS

    Perlembagaan Lembaga Pengawas Sekolah

     

    • Bahagian 1: Perlantikan Pengawas

    Fasal 1: Penerimaan Pengawas Baru
    Fasal 2: Latihan Kepimpinan Pengawas
    Fasal 3: Bidang Kuasa Pengawas
    Fasal 4: Pakaian Pengawas

    • Bahagian 2: Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas

    Fasal 1: Ahli Majlis Tertinggi
    Fasal 2: Ahli Jawatankuasa
    Fasal 3: Bidang Kuasa AJK

    • Bahagian 3: Tugasan Pengawas

    Fasal 1: Tugasan Khusus
    Fasal 2: Tugasan Sampingan
    Fasal 3: Tindakan Disiplin

    • Bahagian 4: Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas

    Fasal 1: Jenis Kesalahan
    Fasal 2: Perbicaraan
    Fasal 3: Hukuman

    • Bahagian 5: Persaraan Pengawas

    Fasal 1: Tamat Tempoh Tugas
    Fasal 2: Masalah Disiplin
    Fasal 3: Perletakan Jawatan
    Fasal 4: Arahan Majlis Pentadbiran

    BIDANG TUGAS PENGAWAS SEKOLAH YANG PATUT KITA TAHU?

    KETUA PENGAWAS
    1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
    2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
    3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
    4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
    5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
    kepentingan semua pengawas.
    6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
    7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
    8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

    PENOLONG KETUA PENGAWAS
    1. Mnjlnkan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
    2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
    3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
    4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.

    SETIAUSAHA
    1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
    2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
    3. Menyediakan Minit Mesyuarat
    4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
    5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
    6. Menyediakan jadual bertugas pengawas

    BENDAHARI

    1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
    2. Mengutip yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan dari guru pengawas.
    3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
    4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
    5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.
    ______________________________________________________________________________________

    EXCO
    1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
    2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar apabila diperlukan.
    3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
    4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni.
    5. Merancang segala aktiviti Lembaga Pengawas
    6. Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar
    7. Mengemaskini Papan Kenyataan Pengawas
    8. Memastikan blok dalam keadaan bersih dan terkawal
    9. Melaporkan sebarang salahlaku/vandalisme yang telah dilakukan pelajar
    10. Melaporkan sebarang kerosakan
    11. Memastikan pelajar tidak berada di dalaam tandas selepas waktu rehat
    12. Memastikan kelas dalam keadaan senyap semasa ketiadaan guru
    13. Membuat persiapan Dewan setiap kali perhimpunan rasmi.

    14. Memastikan dewan dalam keadaan bersih sewaktu upacara rasmi.
    15. Melaporkan sebarang perlakuan negatif di dalam dewan.
    16. Memastikan semua ahli Pengawas menyerahkan salinan keputusan ujian dan peperiksaan.
    17. Menyediakan pelbagai nota-nota ringkas untuk pengawas.

    18. Membuat kelas tambahan subjek teras dan elektif kepada semua pengawas.
    19. Menyediakan sedikit nota untuk di tampal kedalam bilik pengawas.

    PERANAN WARNA DALAM KEHIDUPAN.......

    WARNA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM HIDUP. SETIAP HARI BILA KITA BERPAKAIAN SEBENARNYA TANPA KITA SEDARI DIPENGARUHI OLEH WARNA YANG KITA PAKAI. KENAPA PENGAWAS SMKPZ MEMILIH WARNA HIJAU SEBAGAI UNIFORM SEKOLAH? SALAH SATU DARI TEORI WARNA IALAH UNTUK MENJADIKAN PERSEKITARAN COOL DAN SEGAR. JIKA WARNA MERAH DIGUNAKAN MAKA PENGAWAS AKAN JADI CEPAT MARAH DAN MUDAH MELENTING. WARNA HIJAU MERUPAKAN ELEMEN ALAM DARI ALAM SEMULAJADI YANG MEMBERIKAN KETENANGAN KEPADA YANG MELIHATNYA DAN SEBAB ITU JUGA RAMAI YANG AKAN PERGI KE TEMPAT REKREASI UNTUK MENCARI KETENANGAN...... FIKIR-FIKIRKAN! APA PUN SIR SUKA WARNA KUNING..... HAHAHHAHAHAHHA!

    Tuesday, 9 April 2013

    HIERARKI LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SMKPZ

            1. HAJI ROSDIN BIN KASSIM
            1. HAJI HASHIM BIN OTHMAN
            1. HAJI ROSLAN BIN OMAR
            1. ENCIK FADZLI BIN HAMID
            1. ENCIK SHARIZAL BIN SHAARI
            1. PUAN HASLINA BINTI MUHAMAD
            1. PUAN KAMALESWARY
            1. IQBAL AIMAN
            1. FATIMAH AL-AISHAH
            1. LAVANYA
            1. ARIFF IMRAN AZIZAN
            1. AMIR IMRAN
            1. AMIRUL
            1. SHALLY NUR AINA
            1. ASHRAF QHURAIRIE
            1. NABIL AZMAN
            1. NORZAHIRA SUMARDI
            1. RAMADHAN

    Masalah Disiplin

    Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita berjaya di dalam pelajaran ?

    setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang
    berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan
    setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi
    bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor


    i. tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan
    ii. menyediakan jadual waktu peribadi yang teratur - patuh kepada jadual waktu tersebut
    iii. rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dengan rakan-rakan
    iv. sediakan buku-buku rujukan secukupnya
    v. ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain
    vi. banyakkan latihan tambahan
    vii. tidak ponteng kelas / sekolah
    viii. tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa
    ix. banyak membaca bahan-bahan tambahan
    x. sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu


    mencerminkan diri sendiri - berazam - mencapai kejayaan
    kesedaran perlu untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran


    Masalah disiplin murid-murid sekolah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

    Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti
    contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.


    Isi-isi
    Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid
    i. memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu
    ii. ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka
    iii. pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.
    iv. piak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid
    v. pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.


    Penutup
    masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.
    Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.